Monday, July 2, 2007

Zahariah

Pada hari cuti belia, kami berkumpul untuk menghabiskan projek budaya kami.
Kami telah mengubahsuai slaid-slaid kami dan memasukkan isi-isi yang perlu.
Segalanya sudah selesai dan kami berasa puas hati.
Shariffah

Kami telah berjumpa pada hari ini untuk menyelesaikan projek budaya ini.Kami telah berjaya menghabiskan slaid-slaid persembahan dan video bagi tarian-tarian yang akan dpersembahkan.Kami juga telah memuatkan surat kiriman rasmi dan bahan-bahan mentah ke dalam blog kumpulan kami,Pustaka Seni.Saya rasa kami sudah bersedia untuk persembahan.
shahirah

Pada hari ini,kami telah berhimpun untuk menghabiskan apa yang perlu bagi projek budaya kami.Kami telah memasukkan semua bahan mentah ke dalam blog kami.Kami juga telah mengemas kini slaid-slaid kami.Selain daripada itu,kami juga telah mendapatkan video-video bagi tarian-tarian yang kami selidiki.

Sunday, July 1, 2007

VIDEO


http://www.youtube.com/watch?v=TvaQ-tXzjUs&search= (tarian joget)

http://www.youtube.com/watch?v=VJZ--5Rw2SQ&mode=related&search= (tarian joget pahang)

http://youtube.com/watch?v=6vVa5veJ4iU&mode=related&search= (tarian zapin)

http://www.youtube.com/watch?v=_dYNczE2tVY&mode=related&search= (tarian kuda kepang)

http://www.youtube.com/watch?v=L7_RJeSCLXo (tarian gamelan)

http://www.youtube.com/watch?v=IgW0pnzK8NQ (tarian lilin)
Surat Kiriman Rasmi


Zaleha Bin Hamid
Blk 234 Tampines St 66
#06-274
Singapura 345234

12 April 2007

Pengetua
Sekolah Menengah East Spring
Tampines Ave 4
Singapura 123456

Tuan

Permohonan untuk membuat pembentangan tarian-tarian Melayu

Saya, Zaleha Bin Hamid, wakil dari sekolah menengah Pasir Ris untuk memohon kebenaran daripada tuan agar kami dapat berkongsi mengenai projek budaya kami bersama pelajar-pelajar sekolah tuan sempena menyambut Hari Keharmonian Kaum pada tahun ini.

Di zaman pemodenan ini, ramai remaja kian tidak mengenali budaya Melayu dengan mendalam. Ini amat menyedihkan kerana pelajar kian terpengaruh dengan budaya-budaya barat, dan sebagai pemuda dan pemudi bangsa Melayu, kami patut memahami budaya kami sendiri. Oleh kerana itu, kami berazam untuk mengingatkan kembali budaya Melayu kepada pelajar-pelajar dengan mengadakan sebuah pembentangan mengenai tarian-tarian Melayu. Kami juga ingin membuka tirai kepada pelajar bangsa lain untuk menghadiri pembentangan kami supaya mereka dapat memahami dan mengenali budaya Melayu kami.

Kami akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis tarian Melayu, seperti tarian zapin, kuda kepang, gamelan, lilin, mak inang dan joget. Kami akan menyentuh sedikit sebanyak mengenai sejarah bagi setiap tarian, cara-cara tarian dan juga pakaian dan aksesori yang digunakan penari. Bukan itu sahaja, kami juga akan memberitahu pelajar bahawa tarian-tarian tradisional ini juga dapat digabungkan dengan unsur-unsur moden seperti zapin hip-hop yang sungguh menarik sekali. Kami akan menggunakan slaid-slaid dan juga video-video tarian untuk menyampaikan informasi-informasi mengenai tarian-tarian ini. Kami juga bercadang untuk mengadakan sesi praktikal seperti ‘Aktiviti Menari Bersama’ bersama pelajar supaya mereka dapat mencuba sendiri gerak-geri tarian-tarian ini.

Oleh itu, untuk memastikan pembentangan ini berlangsung dengan lancar, kami perlukan sokongan daripada banyak pihak. Guru-guru sekolah kami akan membantu dan mendampingi kami ke sekolah tuan pada hari pembentangan. Kami juga ingin memohon kerjasama guru-guru sekolah tuan untuk memberi sokongan bagi menggalakkan para pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang akan diadakan nanti. Bantuan dan kerjasama guru-guru amat dihargai sekali.

Kami berharap tuan dapat membenarkan kami untuk mengadakan sesi perkongsian ini bersama pelajar-pelajar tuan dan jika tuan serta pihak sekolah mempunyai cadangan-cadangan lain, dengan rela hati kami menerimanya demi memperbaiki sesi perkongsian ini. Dengan itu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca surat kami.
Sekian, terima kasih.

Yang benar
Zaleha
(Zaleha Bte Hamid)
Bahan mentah.


TARIAN GAMELAN.
· Tarian ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.
· mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain.
· pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan.
· Tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis sahaja lagi kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu lagi.
· Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.
· Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut.
· Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari sedi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian melayu.


Peralatan kepala kelihatan seperti makhota yang mengandungi tiga bahagian, 'gandek', 'gerak gempa' and 'tajok asoka'.

Pakaian tarian yang dipakaikan mereka adalah blous lengan pendek yang dibuat daripada sutera dan dilengkapi dengan sehelai sarong.
Sehelai kain yang dipanggil 'saboh' juga dipakai di pinggang

Bagi sesetengah penari gamelan, mereka menggunakan aksesori kipas untuk menarikkan lagi tarian mereka.



TARIAN JOGET.
· Tarian joget merupakan tarian yang paling popular di Malaysia.
· Ianya di persembahkan menjelang sesuatu perayaan kebudayaan, meraikan majlis perkahwinan dan juga majlis-majlis yang lain.
· Asal-usul tarian joget ini telah di kesan
· di katakan mempunyai perkaitan dengan elemen tarian Portugis yang mana telah di perkenalkan di Melaka semenjak daripada era perdagangan rempah.
· Tarian Joget ini di persembahkan oleh sepasang penari dengan kombinasi pergerakan tangan dan kaki yang pantas.
· merupakan suatu tarian yang hebat dengan tempo yang pantas dan amat di gemari di kalangan golongan muda dan tua.
· kebiasaannya boleh di lihat menjelang suatu pesta kebudayaan dan juga majlis perkahwinan melayu.
· Di Melaka, ianya turut di kenali dengan nama Chakunchak.



KUDA KEPANG
Permainan kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat di negara ini.
Kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu ketara dalam beberapa aspek kebudayaan.
Kuda kepang berasal dari Tanah Jawa Indonesia dan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh rakyat Indonesia yang berhijrah ke negara ini.
Pada mulanya ia hanya permainan biasa seperti "Sepak Raga". Namun sambutan dari penduduk tempatan menyebabkan ia berkembang dari sebuah kampung ke sebuah kampung.
Pada zaman sekarang, permainan kuda kepang dimainkan di majlis perkahwinan atau sesuatu majlis keramaian.
Pemain kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang dimana 9 orang menari, 5 orang pemain muzik, 15 orang penjaga kawasan dan dua orang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih".
Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan jumlah ahlinya adalah seramai 40 orang.
Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang".
Pakaian permainan pula biasanya seragam.

Peralatan permainan kuda kepang terdiri daripada:
lima buah angklung, yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan
sebuah gendang , diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu
beberapa gong, menyedapkan lagi muzik pengiring
sekurang-kurang sembilan kuda, diperbuat daripada kulit lembu
sebatang pecut, diperbuat daripada dua buluh yang dipintal dan berfungsi untuk mengarah dan mengawal penari kuda kepang
serantai tali, sepanjang 100 kaki (30 meter).
kinong (seperti gong tetapi lebih kecil),
jidor (seperti rebana besar),
soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk seperi ruas buluh)
bonang (dibuat daripada tembaga, ditengahnya bonjol bulat kira – kira lapan garis pusat).
TARIAN LILIN
· Tarian Lilin pada asasnya merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari dengan diiringi sekumpulan pemuzik.
· Para penari ini akan membawa lilin yang dinyalakan pada piring yang dipegang pada setiap belah tangan mereka.
· Penari ini akan menarikan tarian secara berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin yang menyala secara berhati-hati agar piring tersebut sentiasa mendatar, dan lilin tidak terpadam.
Asal
· Asal usul Tarian Lilin dipercayai berasal dari Sumatera.

Jenis Pengelasan
· Tarian lilin merupakan sejenis kesenian Istana dan ditarikan pada waktu malam bagi menimbulkan nyalaan lilin tersebut.
· Ini kerana tarian lilin memerlukan penarinya giat berlatih agar dapat mengawal pergerakan dengan lilin yang menyala tanpa kemalangan.
Tarian Mak Inang

Tarian Mak Inang disebut juga sebagai Tarian Si Kembang Cina sangat popular ditarikan di istana Sultan-Sultan Melaka dan pembesar-pembesar luar negara
Ada kalanya penari-penari membawa selendang bagi meraikan tarian ini.
Lagu Mak Inang yang khas telah dicipta bagi mengiringi tarian ini dengan perintah Sultan Mahmud Shah
Tarian dan lagu sangat lembut dan berkualiti tinggi
Tarian ini mempunyai unsur budaya cina yang kuat
Hari ini Tarian Mak Inang telah menjadi tarian rakyat dan ditarikan di majlis-majlis sosial.
TarianZapin
Tarian Zapin merupakan salah satu daripada pelbagai jenis tarian Melayu yang masih wujud sehingga ke hari ini. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan diketahui berasal dari Yaman. Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Yaman oleh para pedagang-pedagang Arab pada awal abad ke-16. Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam. Contoh:
· Zapin Melayu Johor
· Zapin Pulau
· Zapin Arab
· Zapin Singapura

TEKNIK PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN
Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3 peringkat :1. Peringkat pertama - permukaan tarian atau pembuka tari.2. Peringkat kedua - pecahan atau gerak serta lenggang tari. 3. Peringkat ketiga - penutup tarian.
Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti “salam” dan “assalamualaikum”, kata– kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.
PAKAIAN DI DALAM TARIAN ZAPIN
Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh Arab–Parsi, tetapi dari segi pakaian, penari–penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai kurung beserta kain sarong.

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN
Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana, gendang dan marakas. Petikan gambus untuk membawakan lagu, sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain–lain.

Monday, April 9, 2007

Shariffah
Kami telah pun mencari video tarian untuk persembahan dan ingin mulakan dengan ucapan.Saya rasa masih ada banyak lagi tugas yang harus dilakukan kerana surat kiriman juga belum diselesaikan.Untuk mengatasi masalah ini, kami akan membuatnya selepas sekolah.