Sunday, July 1, 2007

Surat Kiriman Rasmi


Zaleha Bin Hamid
Blk 234 Tampines St 66
#06-274
Singapura 345234

12 April 2007

Pengetua
Sekolah Menengah East Spring
Tampines Ave 4
Singapura 123456

Tuan

Permohonan untuk membuat pembentangan tarian-tarian Melayu

Saya, Zaleha Bin Hamid, wakil dari sekolah menengah Pasir Ris untuk memohon kebenaran daripada tuan agar kami dapat berkongsi mengenai projek budaya kami bersama pelajar-pelajar sekolah tuan sempena menyambut Hari Keharmonian Kaum pada tahun ini.

Di zaman pemodenan ini, ramai remaja kian tidak mengenali budaya Melayu dengan mendalam. Ini amat menyedihkan kerana pelajar kian terpengaruh dengan budaya-budaya barat, dan sebagai pemuda dan pemudi bangsa Melayu, kami patut memahami budaya kami sendiri. Oleh kerana itu, kami berazam untuk mengingatkan kembali budaya Melayu kepada pelajar-pelajar dengan mengadakan sebuah pembentangan mengenai tarian-tarian Melayu. Kami juga ingin membuka tirai kepada pelajar bangsa lain untuk menghadiri pembentangan kami supaya mereka dapat memahami dan mengenali budaya Melayu kami.

Kami akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis tarian Melayu, seperti tarian zapin, kuda kepang, gamelan, lilin, mak inang dan joget. Kami akan menyentuh sedikit sebanyak mengenai sejarah bagi setiap tarian, cara-cara tarian dan juga pakaian dan aksesori yang digunakan penari. Bukan itu sahaja, kami juga akan memberitahu pelajar bahawa tarian-tarian tradisional ini juga dapat digabungkan dengan unsur-unsur moden seperti zapin hip-hop yang sungguh menarik sekali. Kami akan menggunakan slaid-slaid dan juga video-video tarian untuk menyampaikan informasi-informasi mengenai tarian-tarian ini. Kami juga bercadang untuk mengadakan sesi praktikal seperti ‘Aktiviti Menari Bersama’ bersama pelajar supaya mereka dapat mencuba sendiri gerak-geri tarian-tarian ini.

Oleh itu, untuk memastikan pembentangan ini berlangsung dengan lancar, kami perlukan sokongan daripada banyak pihak. Guru-guru sekolah kami akan membantu dan mendampingi kami ke sekolah tuan pada hari pembentangan. Kami juga ingin memohon kerjasama guru-guru sekolah tuan untuk memberi sokongan bagi menggalakkan para pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang akan diadakan nanti. Bantuan dan kerjasama guru-guru amat dihargai sekali.

Kami berharap tuan dapat membenarkan kami untuk mengadakan sesi perkongsian ini bersama pelajar-pelajar tuan dan jika tuan serta pihak sekolah mempunyai cadangan-cadangan lain, dengan rela hati kami menerimanya demi memperbaiki sesi perkongsian ini. Dengan itu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca surat kami.
Sekian, terima kasih.

Yang benar
Zaleha
(Zaleha Bte Hamid)

No comments: