Monday, April 9, 2007

Shariffah
Kami telah pun mencari video tarian untuk persembahan dan ingin mulakan dengan ucapan.Saya rasa masih ada banyak lagi tugas yang harus dilakukan kerana surat kiriman juga belum diselesaikan.Untuk mengatasi masalah ini, kami akan membuatnya selepas sekolah.

Shahirah
Pada hari ini,kami telah melangsaikan slaid-slaid kami yang akan kami persembahkan nanti.Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak video-video tarian unutk menghidupkan lagi persembahan kami nanti.Kami juga telah mula menyiapkan ucapan kami yang juga akan diperlukan ketika persembahan kami nanti.Kami belum dapat memulakan surat kiriman kami.Walaubagaimanapun,kami akan tetap mengatasi masalah ini dengan membuatnya selepas waktu sekolah.
zahariah:
Pada hari ini, kami telah menghabiskan slaid-slaid bagi persembahan kami. Apabila di rumah nanti, saya akan memasukkan video-video tarian yang telah kami dapati tadi.
Kami harus membuat ucapan dan juga menghabiskan surat kiriman rasmi di rumah.

Sunday, April 8, 2007

Shahirah
Pada hari ini Pustaka Seni telah dapat melangsaikan tugasan kami walaupun kelas agak bising buat kedua kalinya.Kami telah diberikan keizinan dari cikgu untuk memulakan surat kami.
Zahariah
Walaupun kelas begitu bising buat kedua kalinya,kumpulan saya telah dapat menyelesaikan tugas yang diberikan.Masalahnya ialah kami mempunyai terlalu banyak slaid tidak termasuk video yang akan dipaparkan.Dari itu,kami cuba meringkaskan lagi isi dengan seberapa boleh.
Shariffah
Pada hari ini,kami telah berjaya menghabiskan semua slaid-slaid untuk persembahan.Surat kiriman juga akan kami selesaikan.Kami hanya tinggal memasukkan video tarian.

Monday, April 2, 2007

Zahariah
Untuk sesi ini, kami sekumpulan terpaksa sambung membuat slaid kerana cikgu tidak hadir. Kami telah selesai membuat slaid untuk tiga macam tarian. Walaupun kelas agak riuh, kami tetap dapat menghabiskan kerja yang diagihkan.
Shahirah


Memandangkan Cikgu Filza tidak berada dalam kelas kami,kami terpaksa membuat slaid unutk projek budaya kami.Walaubagaimanapun,kami mengalami kesusahan unutk membuat slaid-slaid kami.Ini disebabkan kami terpaksa bergabung dengan kelas Cikgu Zuariah memandangkan Cikgu Filza tidak hadir ke sekolah pada hari ini.Kami tidak dapat menumpukan perhatian kerana kelas terlalu bising.Pelajar-pelajar dari kelas Cikgu Zuariah asyik berbual dengan suara yang kuat.Saya harap kami dapat menghabiskan slaid kami secepat yang mungkin.
Shariffah
Memandangkan cikgu tidak hadir,kami teruskan dengan membuat slaid. Malangnya disebabkan kelas bahasa melayu digabungkan, ia sukar bagi kami untuk fokus. Tetapi demi keseluruhannya, kami telah membuat beberapa slaid baru dan masa yang diberi tidak disia-siakan.
zahariah:
Pada hari ini, kami dikehendaki untuk membuat semula rangka bagi surat kiriman rasmi kami.
Kami membuat perbincangan sekali lagi dan cuba mendapat pertolongan daripada cikgu supaya kita tidak akan tersasul membuat perkara lain. Saya bangga kerana ini adalah kali pertama saya dan juga ahli kumpulan saya fokus membuat perbincangan dan dapat menghabiskannya dalam masa yang diberikan. Syabas kepada kami!

Sunday, April 1, 2007

Berdasarkan perbincangan pada hari ini, kami telah menambah isi surat. Melalui hari ini juga saya lebih jelas tentang apa yang harus kita lakukan.
Berdasarkan perbincangan pada hari ini, kami telah menambah isi surat. Melalui hari ini juga saya lebih jelas tentang apa yang harus kita lakukan.